NADI Pelawan

Pada 20 November 2024, seramai 2 orang peserta yang mengikuti webinar NADI x Keusahawanan Business 101. Webinar ini diadakan di Bilik Latihan NADI Pelawan dan topik yang dikongsikan adalah berkaitan dengan “Strategi Kewangan”. Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan kewangan. Sebagai contoh, memberikan pengetahuan asas tentang kepentingan pengurusan kewangan yang baik dan membantu usahawan mengenal pasti kesalahan lazim dalam pengurusan kewangan perniagaan. Selain itu, webinar ini juga menyediakan alat dan teknik untuk merancang kewangan. Dimana speaker mengajar peserta tentang cara membuat anggaran kewangan yang realistik dan memberi panduan untuk merancang aliran tunai dan menyusun laporan kewangan. Di samping itu, webinar ini juga membimbing dari segi strategi untuk meningkatkan keuntungan iaitu dengan cara untuk mengurangkan kos dan meningkatkan pendapatan serta strategi pelaburan yang sesuai untuk mengembangkan perniagaan. Akhir sekali, webinar ini juga membimbing dalam mengurus risiko kewangan. Webinar ini diharapkan dapat membantu usahawan menjadi lebih mahir dalam menguruskan kewangan perniagaan mereka untuk mencapai kejayaan jangka panjang.