NADI Pelawan

Webinar Cybersecurity telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan peserta yang berminat untuk meningkatkan kesedaran keselamatan digital. Topik yang dibincangkan merangkumi cara menjaga keselamatan CCTV dan WiFi di rumah daripada digodam, serta pendedahan mengenai bagaimana akaun media sosial boleh digodam.

Peserta telah diberikan panduan asas seperti penggunaan kata laluan yang kuat, pengemaskinian perisian, serta langkah pencegahan untuk melindungi rangkaian dan akaun peribadi. Secara keseluruhannya, webinar ini berjalan lancar dan memberi manfaat dalam meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan peserta.