NADI Pelawan

Kelas Mahir Jahit Minggu Ke-7 telah diadakan dengan jayanya di NADI Pelawan pada 27 Februari 2026. Modul kali ini memberi fokus kepada teknik menggunting pesak berdasarkan pola yang telah disediakan sebelum ini.

Peserta didedahkan dengan cara menyusun kain mengikut urat benang, memastikan kedudukan pola tepat serta teknik menggunting dengan kemas dan selamat bagi mengelakkan kesilapan ukuran. Bimbingan secara praktikal membantu peserta meningkatkan ketelitian dan keyakinan dalam proses penyediaan bahan sebelum menjahit.

Secara keseluruhannya, sesi ini berjaya memperkukuhkan kemahiran asas peserta dalam proses pemotongan kain sebagai langkah penting dalam menghasilkan pakaian yang kemas dan berkualiti.