NADI Pelawan

Kelas Mahir Jahit Minggu Ke-5 telah berlangsung dengan jayanya di NADI Pelawan pada 13 Februari 2026. Modul kali ini memfokuskan kepada teknik melakar dan menyediakan draf pola Kurung Pesak dengan ukuran yang tepat dan sistematik.

Peserta diberi tunjuk ajar secara langkah demi langkah mengenai pengambilan ukuran, penggunaan pembaris pola serta cara memindahkan ukuran ke atas kertas pola dengan betul. Sesi ini membantu peserta memahami asas penting sebelum proses memotong dan menjahit kain dilakukan.

Secara keseluruhannya, kelas ini berjaya meningkatkan kemahiran teknikal peserta dalam penyediaan pola serta memberi keyakinan untuk menghasilkan pakaian yang lebih kemas dan profesional.