Program Kidsventure Live Webinar: Pemasaran 2 telah berlangsung dengan jayanya di NADI Pelawan pada 28 Februari 2026. Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas dan strategi pemasaran yang berkesan dalam perniagaan.
Sepanjang sesi, peserta mempelajari teknik mengenal pasti sasaran pelanggan, kepentingan promosi digital serta cara membina jenama yang menarik. Penerangan yang interaktif membantu peserta memahami konsep pemasaran dengan lebih jelas dan praktikal.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan pengetahuan serta keyakinan peserta dalam mengaplikasikan strategi pemasaran bagi mengembangkan idea dan perniagaan mereka.

