Program kesedaran digital bertajuk Cara Kenal Pasti Fail Berbentuk Virus telah dilaksanakan di NADI Pelawan pada 12 Februari 2026.
Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai ciri-ciri fail mencurigakan seperti format fail yang tidak dikenali, pautan meragukan, e-mel phishing serta tanda-tanda peranti dijangkiti malware. Peserta turut didedahkan dengan langkah keselamatan seperti penggunaan antivirus, semakan sumber muat turun dan kepentingan tidak membuka fail daripada penghantar tidak dikenali.
Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta dalam melindungi peranti serta data peribadi daripada ancaman siber.

