Webinar E-Sukan bertajuk Kesihatan Mental Pemain E-Sukan telah berjaya dilaksanakan di NADI Pelawan dengan penyertaan pelajar yang berminat dalam bidang e-sukan.
Sesi ini memberi pendedahan mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental, pengurusan tekanan, disiplin diri serta keseimbangan antara permainan dan kehidupan harian. Peserta menunjukkan komitmen yang baik sepanjang program berlangsung.
Diharapkan program ini dapat membantu pemain e-sukan memahami kepentingan kesihatan mental demi prestasi dan perkembangan yang lebih positif.
