Webinar Berkala Sejarah Edisi 3 telah berlangsung dengan lancar di NADI Pelawan dengan penyertaan pelajar yang berminat untuk memperkukuh pemahaman dalam subjek Sejarah.
Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada penerangan topik secara terperinci serta teknik menjawab soalan dengan lebih berkesan. Pelajar turut memberi kerjasama yang baik dan menunjukkan komitmen sepanjang webinar dijalankan.
Program ini diharap dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar serta menambah keyakinan dalam menghadapi peperiksaan.

