Program Open Tuition Sains Tingkatan 1–5 telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Februari 2026 di NADI Pelawan. Sesi ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengulang kaji topik Sains secara lebih fokus dan interaktif melalui pembelajaran atas talian.
Peserta menunjukkan komitmen yang baik sepanjang sesi berlangsung serta aktif bertanya bagi meningkatkan pemahaman terhadap topik yang dibincangkan. Program ini diharap dapat membantu pelajar membuat persediaan yang lebih mantap dalam peperiksaan serta meningkatkan minat terhadap subjek Sains.

