NADI Pelawan

Program Podcast EP13: Kerjaya Dalam E-Sukan telah diadakan pada 28 Januari 2026. Podcast ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang kerjaya dalam industri e-sukan yang semakin berkembang, termasuk peranan sebagai pemain profesional, pengurus pasukan, penganalisis, pencipta kandungan dan bidang sokongan lain. Melalui sesi perkongsian ini, peserta memperoleh pemahaman yang lebih jelas tentang hala tuju kerjaya e-sukan serta kepentingan kemahiran, disiplin dan etika dalam industri tersebut.