NADI Pelawan

Webinar NADI x Cybersecurity bertajuk Ancaman Siber Dalam Dunia Digital telah berjaya dilaksanakan pada 15 Januari 2026 dengan tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap risiko keselamatan siber yang semakin kompleks seiring perkembangan pesat teknologi digital.

Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai bentuk ancaman siber seperti penipuan dalam talian, pencerobohan data, kecurian identiti dan pelanggaran privasi. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan langkah-langkah asas keselamatan siber, kepentingan melindungi data peribadi serta amalan penggunaan teknologi digital secara selamat dan beretika.

Secara keseluruhannya, webinar ini berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta berkaitan keselamatan siber bagi melindungi diri, organisasi dan maklumat peribadi dalam persekitaran digital yang semakin mencabar.