Pada 26 November 2025, NADI Pelawan telah melaksanakan Kempen Internet Selamat di SJKC Kwong Kok bagi meningkatkan kesedaran murid tentang cara penggunaan internet dengan selamat dan bertanggungjawab. Program ini memberi pendedahan mengenai had umur untuk memiliki akaun media sosial, bahaya perkongsian maklumat peribadi, serta langkah-langkah untuk melindungi diri daripada risiko siber. Melalui aktiviti interaktif dan contoh situasi sebenar, murid dapat memahami kepentingan berhemah ketika berada di alam maya. Diharapkan program ini membantu membentuk generasi yang celik digital, berhati-hati dan bijak mengendalikan peranti serta platform dalam talian.

