NADI Pelawan

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang pentingnya keselamatan dalam talian. Antara perkara yang dipelajari termasuk bagaimana pengantunan siber berlaku, cara melindungi diri semasa berinteraksi di internet, serta beberapa tips keselamatan media sosial yang boleh diamalkan oleh semua golongan. Turut disediakan maklumat nombor penting yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan siber. Program ini sangat berguna untuk murid, ibu bapa dan guru bagi memastikan keselamatan digital sentiasa terjamin. Selain itu, kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah diingatkan supaya tidak menggunakan media sosial tanpa pengawasan demi keselamatan mereka.