NADI Pelawan

Pada bulan Oktober, NADI Pelawan telah melaksanakan dua taklimat kesedaran digital iaitu NADI Safe dan NADI Shield sebagai usaha meningkatkan keselamatan pengguna dalam talian.

🔐 NADI Safe: Taklimat Lindungi Data Peribadi

Peserta diberi pendedahan tentang kepentingan menjaga maklumat peribadi, cara mengesan pautan mencurigakan serta langkah mencegah kebocoran data dalam penggunaan aplikasi harian.

🛡️ NADI Shield: Taklimat Buli Siber

Taklimat ini memberi penjelasan tentang bentuk-bentuk buli siber, kesannya terhadap mangsa serta tindakan yang boleh diambil untuk melindungi diri dan melaporkan insiden buli dalam talian.