Pada bulan Oktober, NADI telah menjalankan aktiviti eSport bagi menggalakkan minat pelajar dan belia dalam dunia permainan digital secara sihat dan beretika. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran berpasukan, strategi permainan dan komunikasi sambil bertanding dalam suasana yang selamat dan terkawal.
Selain aktiviti perlawanan santai, peserta turut diberi pendedahan tentang etika dalam eSport dan kepentingan menjaga keselamatan akaun permainan daripada ancaman siber. Program ini diharapkan mampu melahirkan komuniti pemain yang lebih bertanggungjawab serta memupuk nilai positif dalam dunia eSport.

