NADI Pelawan

Pada 21 Oktober 2025, Kempen Internet Selamat (KIS) telah diadakan di SK Ulu Durin Kiba, Sibu. Program ini dianjurkan oleh NADI Teku dengan kerjasama NADI Pelawan dan NADI Salim. Tujuan kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan menggunakan internet dengan cara yang selamat dan bertanggungjawab.

Melalui program ini, murid diberitahu bahawa kanak-kanak bawah umur 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun media sosial. Mereka juga dibimbing supaya menggunakan internet secara berhemah dan berhati-hati agar tidak mudah terpengaruh dengan kandungan negatif dalam talian.

Kempen ini mendapat sambutan baik daripada pihak sekolah dan guru-guru yang turut memberikan sokongan penuh. Program seperti ini amat berguna untuk melahirkan generasi muda yang bijak, berdisiplin dan selamat di alam maya.