NADI Pelawan

Pada 17 Oktober 2025, Kempen Internet Selamat (KIS) telah diadakan di SJK (C) Sam Lam, Sibu. Program ini dijalankan oleh NADI Pelawan bersama NADI Teku. Tujuan utama kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid tentang penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab.

Melalui program ini, murid didedahkan bahawa kanak-kanak bawah umur 13 tahun tidak dibenarkan mempunyai akaun media sosial. Selain itu, mereka juga diajar cara menggunakan internet dengan berhemah dan berhati-hati agar tidak terjebak dengan bahaya dalam talian.

Kempen ini mendapat sambutan baik daripada pihak sekolah dan guru-guru yang turut memberikan kerjasama. Program seperti ini amat penting untuk melahirkan generasi muda yang bijak, berdisiplin dan selamat di dunia digital.