Pada 4 September 2025, Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Pelawan telah mengadakan ceramah Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Chung Hua Sibu dengan kerjasama NADI Salim. Program ini disertai oleh 64 orang murid Tingkatan 3 dan bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab.
Melalui ceramah ini, pelajar diberi pendedahan tentang maklumat palsu, jejak digital, tanda amaran (red flag), serta isu buli siber. Modul remaja turut digunakan bagi membantu mereka memahami hak dan tanggungjawab sebagai pengguna digital. Aktiviti seperti kuiz dan “Tepuk Internet Selamat” menjadikan sesi lebih interaktif dan mudah difahami.
Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektifnya dengan memberi kesedaran kepada pelajar tentang ancaman siber serta kepentingan mengamalkan sikap berhati-hati dan beretika ketika menggunakan internet.

