Pada 3 September 2025, NADI Salim dengan kerjasama NADI Pelawan telah mengadakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SJK (C) UK Daik, Sibu, Sarawak. Program ini disertai oleh seramai 143 murid Tahun 3 hingga Tahun 6 bersama guru-guru sekolah.
Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada murid mengenai fungsi internet, had umur penggunaan media sosial, serta kesedaran tentang risiko siber yang mungkin tidak mampu ditangani oleh kanak-kanak bawah 13 tahun. Selain itu, murid juga diperkenalkan dengan aktiviti alternatif yang lebih sesuai dan menyeronokkan berbanding media sosial.
Sepanjang ceramah, murid mengikuti aktiviti modul Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) yang merangkumi literasi digital, bahaya media sosial, kuiz interaktif dan aktiviti “Tepuk Internet Selamat.” Program ini telah berjaya meningkatkan kefahaman murid tentang penggunaan internet secara selamat serta membentuk sikap lebih berwaspada ketika berada di alam maya.

