Pada 3 September 2025, Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Teku telah memberi ceramah Kempen Internet Selamat (KIS) di Kolej Vokasional Sibu dengan kerjasama NADI Pelawan dan NADI Salim. Ceramah ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar mengenai penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab.
Antara objektif utama program ini ialah memberi kefahaman tentang penggunaan internet secara beretika, menitikberatkan isu maklumat palsu, jejak digital, red flag serta buli siber, selain membentuk kawalan kendiri dan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar.
Program ini memberi banyak manfaat kerana para pelajar dapat memahami hak dan tanggungjawab mereka di alam maya serta lebih berhati-hati ketika menggunakan media sosial. Secara keseluruhan, ceramah ini berjaya memberi pendedahan berguna dalam membina generasi muda yang bijak dan beretika di dunia digital.

