NADI Pelawan

Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai Komuniti MADANI Rejang Park telah berjaya dilaksanakan pada 26 Julai 2025 bertempat di NADI Pelawan. Program ini membawa naratif penting berkaitan ChatBot AIFA, isu Buli Siber dan Kempen Internet Selamat. Bahan-bahan penerbitan daripada JAPEN seperti risalah Kempen Internet Selamat, Buli Siber dan Tip Internet Selamat turut diedarkan kepada komuniti. Selain itu, perkongsian ilmu tentang penggunaan ChatGPT juga menarik perhatian peserta yang hadir dan menambah pengetahuan mereka dalam penggunaan teknologi secara selamat dan bijak.

Program ini memberi pelbagai manfaat kepada komuniti antaranya ialah meningkatkan kesedaran tentang keselamatan siber, memperkenalkan teknologi terkini seperti ChatBot AIFA dan ChatGPT, menyebarkan maklumat berinformasi melalui bahan penerbitan JAPEN, memperkasa komuniti agar celik digital, serta menggalakkan interaksi santai yang berinformasi. Di samping itu, program ini turut mengukuhkan hubungan dan sokongan antara agensi dan komuniti selaras dengan aspirasi Komuniti MADANI.