Pada 7 Julai 2025 (Isnin), kelas Short Learning Series (SLS) NADI MAHIR bertajuk “Buat Beg Sendiri? Jom Belajar Jahit Tote Bag!” telah diadakan di NADI Pelawan. Kelas ini berjaya menarik peserta dari pelbagai peringkat umur yang berminat untuk mempelajari asas menjahit beg tote secara mudah dan kreatif.
Peserta bukan sahaja menghasilkan beg sendiri, tetapi turut diberikan pendedahan tentang potensi menjana pendapatan melalui kemahiran ini. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian.

