Sepanjang bulan Julai 2025, telah berlangsung Program Jiwa @ Komuniti MADANI Sembang Santai anjuran Pejabat Penerangan Daerah Sibu dan Program Kempen Internet Selamat anjuran MCMC cawangan Sibu, bermula dari 9 Julai hingga 25 Julai. Program ini mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Pendidikan Daerah Sibu serta penglibatan aktif daripada sekolah-sekolah seperti SK Bahagia Jaya, SK Ulu Sungai Sengan, SJKC Chung Cheng, SK Agama, SJKC Ting Sing, SMK Tiong Hin, SJKC Guang Ming, SMK Methodist dan SK Bandaran No. 3. Turut hadir bagi menjayakan program ini ialah wakil dari NADI Pelawan, NADI Teku dan NADI Salim.
Program ini memberi manfaat besar kepada para peserta, khususnya murid dan pelajar, dalam meningkatkan kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet serta membina jati diri digital yang positif. Melalui sesi sembang santai dan perkongsian ilmu, para peserta dapat berinteraksi secara terbuka dengan agensi-agensi berkaitan, sekali gus memupuk nilai murni, perpaduan komuniti dan kesedaran sivik dalam kalangan generasi muda.









