Webinar cybersecurity iaitu Dari Serangan Siber ke Pemulihan yang telah diadakan pada 10 Julai 2025 berjaya memberikan pendedahan penting kepada para peserta tentang asas tindak balas insiden dan forensik digital. Sepanjang sesi ini, peserta mempelajari langkah awal untuk mengesan dan bertindak balas terhadap insiden keselamatan siber, memahami kepentingan dokumentasi serta pelaporan insiden, dan mengenali asas forensik digital bagi mengenal pasti punca serangan.
Webinar ini turut menekankan kepentingan melindungi sistem organisasi daripada serangan berulang serta membuka ruang kepada peserta untuk mengenali potensi kerjaya dalam bidang keselamatan siber. Program seperti ini amat penting dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat terhadap ancaman siber masa kini.

