Kelas Membuat Resume yang diadakan pada 16 Julai 2025 di NADI Pelawan telah berjaya membantu para peserta memperkemaskan kemahiran menyediakan resume yang profesional. Peserta mempelajari struktur resume yang menarik, kesalahan yang perlu dielakkan, serta meningkatkan keyakinan dalam memohon kerja. Mereka turut dibimbing secara praktikal untuk menyediakan resume mengikut bidang masing-masing. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara memohon kerja melalui Jobstreet, termasuk mencipta akaun dan memilih pekerjaan yang sesuai. Terima kasih kepada semua yang hadir.


