Antara bulan April hingga Jun 2025, NADI Pelawan telah menjalankan program saringan kesihatan bulanan yang terbuka kepada semua. Antara pemeriksaan yang dilakukan termasuklah tekanan darah, gula dalam darah, BMI, dan rundingan kesihatan asas.
Program ini mendapat sambutan baik daripada pelbagai lapisan masyarakat. Saringan berkala ini membantu peserta mengenal pasti masalah kesihatan awal, memahami tahap kesihatan mereka, serta menggalakkan gaya hidup sihat.
Secara keseluruhannya, program ini memberi manfaat besar dalam usaha meningkatkan kesedaran kesihatan dan pencegahan penyakit dalam komuniti. Inisiatif ini wajar diteruskan secara konsisten.





