Program Entrepreneurship: Kidventure telah berjaya dianjurkan pada 28 Jun 2025 bertempat di NADI Pelawan. Program ini disasarkan kepada golongan kanak-kanak sekolah rendah dengan objektif untuk memupuk minat dan kefahaman awal tentang dunia keusahawanan.
Sepanjang program berlangsung, peserta telah didedahkan kepada pelbagai aktiviti interaktif seperti simulasi perniagaan, pembentangan idea perniagaan (pitching), dan bengkel kreativiti yang menekankan konsep asas jual beli, pengurusan kewangan serta nilai tanggungjawab. Pendekatan yang menyeronokkan dan praktikal ini berjaya menarik minat peserta untuk belajar sambil mencuba.
Antara kebaikan program ini kepada peserta ialah dapat meningkatkan keyakinan diri, menggalakkan pemikiran kreatif, serta mengasah kemahiran komunikasi dan kepimpinan. Selain itu, peserta turut belajar bekerja secara berkumpulan dan menyelesaikan masalah dalam suasana yang positif.
Secara keseluruhannya, program Kidventure berjaya mencapai matlamatnya dalam menyemai semangat keusahawanan di kalangan generasi muda. Program seperti ini wajar diteruskan sebagai platform pembelajaran awal yang mampu mencorakkan bakat dan potensi usahawan cilik masa depan.



