NADI Pelawan

Taklimat “SAFE: Lindungi Data Peribadi” telah berlangsung secara webinar pada 29 April 2025 dari jam 3:00 hingga 4:00 petang. Taklimat ini memberi tumpuan kepada kepentingan melindungi maklumat peribadi di alam maya dan bagaimana pengguna boleh mengelakkan kebocoran data yang boleh membawa kepada penyalahgunaan. Kebaikan kepada peserta adalah termasuklah memberi kesedaran tentang jenis data peribadi yang perlu dilindungi, mengajar amalan keselamatan digital seperti penggunaan kata laluan yang kukuh dan pengesahan dua faktor, mendedahkan risiko berkongsi maklumat peribadi secara terbuka dan membimbing peserta untuk mengenal pasti aplikasi atau laman web yang tidak selamat. Taklimat ini telah mendapat sambutan positif daripada peserta, dengan ramai menyatakan mereka kini lebih peka dan bersedia untuk melindungi data peribadi dalam kehidupan seharian.