NADI Pelawan

Modul pensijilan NADI E-Sukan bertajuk “Kawalan Emosi dan Mental Juara” telah diadakan pada 27 April 2025 di NADI Pelawan. Sesi ini memberi fokus kepada pengurusan emosi dan ketahanan mental dalam kalangan pemain e-sukan, sejajar dengan keperluan daya tahan psikologi dalam arena kompetitif. Kebaikan modul ini kepada peserta adalah termasuklah meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan mental dalam prestasi permainan, membimbing peserta mengurus tekanan semasa pertandingan, memberi strategi untuk membina keyakinan diri dan fokus dan mempupuk sikap profesional dan semangat juang yang sihat dalam e-sukan. Modul ini telah membantu peserta membina asas mental yang lebih kukuh untuk menghadapi cabaran dunia e-sukan secara lebih seimbang dan berdaya tahan.