NADI Pelawan

Pada 20 Mac 2025, satu Taklimat Pengantunan Siber telah diadakan dengan penyertaan dua orang wakil daripada NADI Pelawan. Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya pengantunan siber, khususnya dalam kalangan kanak-kanak, remaja, dan ibu bapa.

Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada pelbagai taktik yang digunakan oleh pelaku untuk memperdaya mangsa dalam talian, termasuk penyamaran identiti, pujukan emosi, serta pemberian hadiah sebagai umpan. Para peserta juga diberi pendedahan mengenai langkah-langkah pencegahan dan kepentingan pengawasan ibu bapa terhadap aktiviti digital anak-anak.

Taklimat ini telah memberi kesedaran yang berguna serta pengetahuan yang lebih mendalam tentang cara melindungi diri dan orang tersayang daripada menjadi mangsa pengantunan siber.