Pada 24 Januari 2025, webinar bertajuk NADI-Safe: Langkah Asas ke Arah Internet Selamat telah diadakan secara dalam talian melalui Microsoft Teams dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Webinar ini bertujuan mendidik kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun tentang langkah-langkah asas keselamatan internet, termasuk mengelakkan buli siber, melindungi privasi, dan menggunakan internet secara positif untuk pembelajaran dan kreativiti. Hanya seorang peserta dari NADI Pelawan telah menghadiri sesi ini. Walaupun bilangan peserta kecil, kandungan disampaikan dengan berkesan. Peserta diajar untuk mengenali risiko internet dan diberi panduan menjaga keselamatan dalam talian. Program ini diharap dapat diteruskan dengan promosi lebih meluas agar lebih ramai kanak-kanak mendapat manfaat dalam memastikan mereka selamat di dunia digital.