Pada 22 Januari 2025, dari jam 9 pagi hingga 10 pagi, satu lawatan iaitu Lawatan Komuniti MADANI Dun Pelawan yang bertempat di NADI Pelawan. Seramai 9 orang ahli komuniti MADANI dan turut dihadiri juga pihak MCMC serta Jabatan Penerangan. Tujuan utama lawatan adalah untuk membincangkan program-program Komuniti MADANI yang dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2025. Tiga objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesepaduan komuniti melalui hubungan erat dan kerjasama, merancang program pembangunan sosial, pendidikan, dan ekonomi yang bermanfaat, serta menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam menjayakan setiap program yang dirancang. Lawatan ini berjaya menjadi platform perbincangan bagi memperkukuhkan semangat kebersamaan dan tanggungjawab bersama dalam Komuniti MADANI di Dun Pelawan.