NADI Pelawan

Pada 18 Januari 2025, Kelas Basic Makeup bersama Makeup Artis, En. Rex telah berlangsung dengan jayanya di bilik latihan NADI Pelawan. Kelas ini diadakan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan dihadiri oleh seramai 6 orang peserta yang berminat untuk mempelajari asas kemahiran solekan. Tujuan Kelas Basic Makeup adalah memberikan pendedahan kepada teknik solekan asas untuk kegunaan harian atau sebagai langkah awal ke arah membina kerjaya dalam bidang solekan. Selain itu, meningkatkan keyakinan diri peserta melalui pengetahuan tentang penjagaan kulit dan solekan yang sesuai. Tambahan pula, kelas ini membangunkan bakat dan kreativiti dalam seni solekan serta menyediakan peluang belajar bersama pakar bagi peserta yang berminat untuk mengembangkan kemahiran mereka.