Program Mahir Masak telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Januari 2025 yang bertempat di Bilik Latihan, NADI Pelawan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik memasak yang betul serta resipi-resipi baharu yang mudah dan praktikal. Selain itu, program ini juga meningkatkan kemahiran memasak peserta untuk kegunaan harian atau sebagai persediaan memulakan perniagaan makanan. Di samping itu, program ini juga menggalakkan penggunaan bahan tempatan dalam masakan sebagai usaha menyokong ekonomi setempat. Peserta yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang dan mereka menunjukkan minat serta komitmen yang tinggi sepanjang sesi. Program ini juga mendapat maklum balas positif dengan cadangan agar ia dianjurkan lagi pada masa hadapan.