Pada 27 November 2024, pertugas NADI Pelawan, NADI Teku dan NADI Salim telah mengadakan program klik dengan bijak (NADI SAFE & SHIELD) di SMK Agama, Sibu. Seramai 725 orang peserta yang telah menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk mengajar dan memupuk kesedaran keselamatan dalam kalangan pelajar, khususnya dalam aspek penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Melalui program KDB dan NADI SAFE & SHIELD ini, pertugas NADI berharap dapat membantu pelajar memahami cara-cara menggunakan internet dan media sosial dengan bijak dan selamat.