NADI Pelawan

Pada 15 November 2024, NADI Pelawan, Sibu telah mengadakan Kelas Kesedaran Bijak dalam Dunia Digital yang bertempat di Bilik Latihan NADI Pelawan. Seramai 6 orang yang mengikuti kelas kesedaran ini. Kelas ini bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang apa itu buli siber dan kesannya terhadap pelajar. Selain itu, kelas ini juga mengajar pelajar cara mengenal pasti dan menangani buli siber serta membentuk budaya penggunaan internet yang bertanggungjawab. Kelas ini dimulai dengan tayangan video animasi pendek tentang kesan buli siber terhadap pelajar. Video ini memaparkan bagaimana buli siber berlaku, perasaan mangsa buli siber dan kepentingan melaporkan kepada guru atau ibu bapa. Seterusnya, petugas NADI juga menerangkan langkah-langkah untuk mencegah buli siber iaitu dengan cara jangan balas mesej pembuli, simpan bukti (contoh: tangkap layar mesej) dan laporkan kepada ibu bapa, guru, atau pihak berkuasa.