NADI Pelawan

Pada 9 November 2024, jam 3:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di Bilik Latihan NADI Pelawan, peserta e-sukan diperkenalkan kepada konsep asas e-sukan, sejarah perkembangan industri ini dan faktor-faktor yang menyumbang kepada pertumbuhannya. Penekanan ini diberi kepada bagaimana e-sukan telah berubah daripada sekadar permainan kepada satu industri global yang menawarkan pelbagai kerjaya, termasuk sebagai pemain profesional, penganalisis permainan, jurulatih, pereka permainan, dan penyiar acara e-sukan. Seramai 6 orang peserta yang telah diberi motivasi untuk melihat e-sukan sebagai satu pilihan kerjaya yang serius.