Pada 9 November 2024, NADI Pelawan telah mengadakan Taklimat Kesedaran Mengenai Jenayah Siber di Malaysia bertempat di Bilik Latihan NADI Pelawan. Seramai 6 orang peserta yang telah mengikuti taklimat ini. Taklimat ini bermula pada jam 2:30 petang dan tamat pada 3:30 petang. Taklimat ini memberi pendedahan mengenai jenis-jenis jenayah siber yang sering berlaku di Malaysia. Selain itu taklimat ini dapat meningkatkan kesedaran tentang langkah-langkah keselamatan dalam penggunaan internet di kalangan pelajar. Kesimpulannya, taklimat ini berjaya meningkatkan pemahaman peserta tentang risiko jenayah siber dan langkah keselamatan dalam penggunaan internet. Program seperti ini sangat memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya pelajar sekolah.