NADI Pelawan

Pada 31 Oktober 2024, NADI Pelawan telah mengadakan Kelas Kesedaran Buli Siber bertempat di Bilik Latihan NADI Pelawan pada jam 2 petang. Seramai 6 orang peserta yang mengikuti kelas ini. Kelas kesedaran ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman masyarakat tentang isu buli siber yang semakin berleluasa dalam dunia digital masa kini terutama dalam golongan remaja. Selain itu, kelas ini juga memberi kesedaran yang lebih efektif tentang tanggungjawab seseorang pengguna dalam penggunaan media sosial dan aplikasi komunikasi. Sebagai contoh, menjaga etika berinteraksi secara dalam talian, mengawal perkongsian maklumat peribadi dan memastikan tidak terlibat dalam tingkah laku buli. Kelas kesedaran ini sangat berkesan bagi mencegah jenayah buli siber yang kian hari semakin meningkat.