Pada 10 Januari 2025, Perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pelawan telah diadakan. YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), telah menyertai lawatan kerja yang diketuai oleh YB Dato Sri Haji Julaihi Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak. Lawatan ini turut diserikan dengan perasmian NADI Pelawan oleh YB Dato Sri.
Turut hadir ialah YB Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kesihatan Awam dan Perumahan), yang juga merupakan ADUN N.54 Pelawan.
Perasmian ini melambangkan komitmen kerajaan dalam memperkasa maklumat dan kemudahan untuk komuniti setempat di Pelawan.