Di NADI Pelawan, kami komited untuk menyediakan perkhidmatan dan latihan yang berkualiti bagi memperkasakan komuniti dan individu. Dengan fokus kepada pembangunan potensi diri dan kemahiran, kami menawarkan pelbagai program yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Antara perkhidmatan dan latihan yang disediakan:
✅ Keusahawanan – melahirkan usahawan yang berdaya saing dan lestari melalui perkhidmatan pintar
✅ Pembelajaran Sepanjang Hayat – menyediakan platform bagi golongan yang tidak berkemampuan serta tercicir untuk mendapat pendidikan dan kemahiran
✅ Kesejahteraan Kendiri – merapatkan jurang pengetahuan berkenaan eKesihatan dan kesejahteraan kendiri
✅ Kesedaran – Mengawalselia kendiri serta menyedari batasan penggunaan internet dan media sosial
✅ Inisiatif Kerajaan – menyebarluaskan malumat berkenaan inisiatif Kerajaan yang terkini dengan tepat
Kami percaya bahawa setiap individu memiliki potensi luar biasa untuk berjaya dan di sinilah tempat anda boleh memulakan perjalanan itu. Sertai kami untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna!