Pada 30 November 2024, NADI Pelawan telah mengadakan Webinar Jejak Siber: Serangan Dunia Maya di Bilik Latihan, NADI Pelawan. Webinar ini bermula pada jam 10 pagi sehingga 11.30 pagi. Seramai 8 orang peserta yang telah mengikuti webinar ini. Tujuan webinar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman keselamatan siber. Selain itu, webinar ini juga berkongsi tentang langkah-langkah perlindungan daripada serangan dunia maya. Akhir sekali, webinar ini juga membincangkan teknologi terkini untuk mengesan dan mencegah ancaman siber. Webinar seperti ini dapat membantu generasi sekarang agar bijak menggunakan sosial media.