Pada 27 Oktober 2024, jam 3 petang bertempat di Bilik Latihan NADI Pelawan, Sibu telah berlangsungnya Program NADI 2U Mahir yang dianjurkan oleh pihak NADI Mahir secara atas talian iaitu melalui webinar. Webinar ini dijalankan secara berkumpulan mengikut negeri. Semua peserta yang menghadiri program ini berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berkaitan dengan kursus kemahiran yang ditawarkan. Program ini menawarkan 5 kursus iaitu Mahir Masak, Mahir Jahit, Mahir Baiki Gajet, Mahir Foto dan Mahir Pertanian. Seramai 3 orang peserta yang telah menyertai program ini dan mendaftar untuk kursus Mahir Jahit. Tujuan program ini diadakan untuk mengenali kemahiran diri dan tingkatkan kemahiran peserta bersama NADI. Selain itu, program ini juga menarik minat masyarakat untuk menyertai sebagai ahli NADI. Tambahan pula, program ini memperkenalkan pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan oleh NADI.