NADI Pelawan

Pada 20 Oktober 2024, NADI Pelawan telah mengadakan Kelas Kesedaran NADI x E-SUKAN bertempat di Bilik Latihan NADI Pelawan, Sibu. Kelas ini dianjurkan oleh SSO E-Sukan Malaysia. Seramai 6 orang peserta yang telah mengikuti kelas ini. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan tentang impak E-Sukan kepada peserta yang akan mewakili NADI masing-masing. Selari dengan perkembangan teknologi terkini, E-Sukan banyak memberi impak positif kepada generasi sekarang. Antaranya adalah termasuklah, meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan strategi, meningkatkan kemahiran sosial dna kerjasama berpasukan, memupuk sikap tanggungjawab dan disiplin dan menyediakan peluang kerjaya dan masa depan.